|
PN NORHATI BT MOHD SALLEH
GURU BESAR SK KETING
Setulus Kata Seulas Bicara
Daripada Tuan Guru Besar
Sk Keting
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbrth
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, syukur yang tidak terhingga dirafakkan kepada yang Maha Esa kerana dengan izinnya, Panitia Pendidikan Islam dapat menyiapkan perancangan strategik Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama semua pihak bagi memantapkan lagi perjalanan Pendidikan Islam yang bukan sahaja untuk kejayaan dalam pelajaran semata-mata tetapi juga adalah untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. yang tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memperkasakan modal insan yang merupakan produk dalam pendidikan Islam.Dengan adanya Pendidikan Islam ini yang merupakan satu mata pelajaran wajib bagi semua murid yang beragama islam ini, banyak perubahan positif telah berlaku terhadap suasana pembelajaran di sekolah ini, samada P&P di bilik darjah mahupun akhlak murid di luar bilik darjah. Murid-murid telah mampu berkomunikasi dalam Bahasa Arab, kualiti solat dipertingkatkan, membaca tulisan jawi dengan lebih baik dan program khatam Al--QURAN dijadikan program tahunan Panitia Pendidikan Islam.
Melihat kepada perkembangan yang memberangsangkan ini, saya berharap agar guru-guru Pendidikan Islam dapat meneruskan usaha murni mereka untuk mendidik anak-anak SKK seterusnya memantapkan Pendidikan Islam di sekolah ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam Sk Keting atas jasa bakti dan komitmen padu dan kental selama ini dalam menaikkan nama sekolah dalam bidang kecemerlangan Pendidikan Islam. Semoga semangat berpasukan yang dipupuk selama ini akan terus digembleng untuk menempa piala pada tahun-tahun mendatang.. Insyaallah
“ Sejambak kasih diucapkan atas sekalung budi yang ditabur”
Sekian, terima kasih.
USTAZ IBRAHIMBIJURI B MAT TAMAT
SU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SEKAPUR SIREH
بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah tuhan seru sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga dengan berkat serta rahmat Allah swt Blog program PAI Sk Keting ini berjaya disiapkan. Mudah mudahan blog ini menjadi salah satu panduan dan mercu kerjasama dalam pengemblengan fikrah secara kolektif oleh guru- guru GPI dan ini akan menjadi landasan dalam memperkukuhkan lagi amalan pengurusan dan pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang menjadi tanggungjawab utama pendidik.
Sesungguhnya cabaran besar dalam melaksanakan program PAI ialah bagaimana kita menguruskan tanggungjawab kita supaya segala usaha yang dicurahkan mendatangkan kesan yang lebih bermakna. Pengajaran yang disampaikan bukanlah terhenti pada kekuatan ilmu dan kemahiran yang mampu dimiliki oleh anak-anak didik kita, tetapi ianya harus melebar jauh ke sanubari sehingga menghasilkan pendidikan berterusan melalui amalan murni dalam kehidupan seharian mereka. Pada Allah jua kita memohon restu agar segala usaha yang dicurahkan menjadi amal bakti yang subur lagi berkat.
Selamat maju jaya untuk Agama, Keluarga, Bangsa dan Negara.
PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM:
KELAS JAWI
Peruntukan waktu jawi adalah 1 waktu seminggu sepanjang tahun dari tahun 1 hingga 6. TASMIK
Pelaksanaan 2 waktu Tasmik dimasukkan dalam jadual waktu PdP dan tidak semestinya diletak dihujung waktu untuk mengelak pertembungan.Pelaksanaan Tasmik hanya melibatkan GPI. BAHAN DAN KEMUDAHAN
|
BAHASA ARAB KOMUNIKASI
Model Bahasa Arab di ajar 3 waktu seminggu bagi kelas KSSR. KEM BESTARI SOLAT
Pelaksanaan Kem Bestari Solat masih dikekalkan 2 kali setahun. Program ini dilaksanakan empat kali selama (20jam). Pihak sekolah diberikan pilihan untuk melaksanakan program ini secara separuh hari atau sehari dengan syarat dilaksanakan semua aktiviti dan jumlah masa yang telah ditetapkan dalam model ini. Peruntukan Kem Bestari Solat pada tahun ini adalah RM 1.25 / murid bagi setiap 1 kem. |
KHATAM AL-QURAN
Pelaksanaan Model Khatam Al-Quran menggunakan waktu PI sebanyak 3 waktu sepanjang tahun. Pada masa yang sama bagi murid yang belum menguasai bacaan al- quran akan meneruskan kaedah iqra(Kem Lerasi Al-Quran). Penglibatan pengajaran kelas al-quran sekurang-kurangnya seorang guru j-QAF bersama GPI. KONSEP KOLABORATIF PROGRAM
J-QAF Model Khatam Al-Quran GPI mengajar bersama di kelas yang sama.mengikut bilangan murid( 15 orang murid 1 orang guru.) Model Pemulihan Jawi Murid mengikuti Kem Cemerlang Jawi (KCJ). Ulum Syariah GPI mengajar sendirian di kelas. |